PAKEJ UMRAH NAIM | SAUDI AIRLINES / MALAYSIA AIRLINES

Informasi
Pengembaraan ini akan membawa anda melalui pengalaman unik dan penuh keberkatan di tanah suci, dari kota suci Madinah ke Mekah yang mulia. Dalam 12 hari ini, anda akan memiliki peluang untuk menyusuri tempat-tempat suci Islam, memperdalam keimanan, dan melaksanakan umrah bersama-sama saudara seiman anda. Bersiaplah untuk merasai keharuman spiritual, sejarah yang kaya, dan pemandangan yang memukau sepanjang perjalanan ini. Selamat membaca itinerari lengkap perjalanan anda yang tidak akan terlupakan.
Jadual Perjalanan

HARI 1

Kuala Lumpur – Jeddah / Madinah (MM)

Berkumpul di KLIA1 untuk menaiki penerbangan ke Jeddah/Madinah.

Sesi taklimat perjalanan bersama staff HAMTT & Mutawwif sebelum berlepas.

  • Tiba di Jeddah/Madinah, akan menaiki bas dari airport menuju ke hotel untuk check-in.
  • Mutawwif akan menunjukkan arah masjid kepada jemaah.

HARI 2

Madinah (SP/MT/MM)

Ziarah di Dalam Madinah:

  • Masjid Nabawi: Merupakan masjid kedua paling suci dan terbesar di dunia. Masjid yang berfungsi sebagai pusat pengembangan masyarakat seperti tempat untuk solat berjemaah, pusat pemerintahan, pusat pembelajaran dan lain-lain.
  • Raudah: Tempat yang berada di dalam Masjid Nabawi ini merupakan salah satu taman syurga di dunia dan juga tempat mustajab berdoa.
  • Perkuburan Baqi’: Al-Baqi’ merupakan sebuah tempat perkuburan yang mempunyai keutamaan tersendiri berbanding tempat-tempat perkuburan yang lain. Masyhur terkenal sebagai taman syurga adalah tempat pemakanan bagi keluarga, isteri, anak dan sahabat Nabi SAW.
  • Saqifah Bani Saidah: Bangunan ini merupakan salah satu tempat penting dalam sejarah Islam kerana ia merupakan tempat berkumpul para sahabat untuk melantik khalifah setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.
  • Masjid Al Ghamamah: Masjid yang terletak di bahagian barat daya, lebih kuran 500-meter dari Masjid Nabawi merupakan salah satu tapak bersejarah di Kota Madinah. Reka bentuk yang mempunyai gaya seni bina Uthmaniyah ini terkenal sebagai tempat terkahir Nabi Muhammad SAW solat raya dan solat sunat istisqa’.
  • Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Masjid Ali Bin Abi Thalib, Masjid Umar Al-Khattab dan Masjid Uthman Bin Affan: Melawat ke masjid bersejarah yang menjadi tempat ziarah para jemaaah iaitu masjid Khulafa Al-Rashidin.
  • Muzium Al-Quran: Muzium yang terletak di bahagian selatan Masjid Nabawi ini menjadi tempat penyimpanan pelbagai koleksi Al-Quran dari puluhan sehingga ribuan tahun dahulu.
  • Pasar Tamar: Pasar Kumar Madinah yang terletak di King Faisal Road ini adalah antara tempat yang perlu dikunjungi Jemaah untuk membeli kurma, manisan dan produk tempatan.
  • Menziarahi Masjid Bilal Bin Rabah yang terletak lebih kurang satu kilometer dari Masjid Nabawi ini mempunyai seni bin yang sederhana namun estetik dan berbeza sedikit dari masjid lain di Kawasan Madinah serta para Jemaah juga dapat membeli-belah di Pasar Bilal yang berdekatan dengan masjid.

HARI 3

Madinah (SP/MT/MM)

Ziarah di Luar Madinah:

  • Menziarahi Masjid Quba’ yang merupakan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.
  • Masjid Qiblatain: Masjid yang dikenali sebagai Masjid Dua Kiblat ini meruapakan mercu tanda unik kerana infrastruktur dan sejarahnya tersendiri.
  • Masjid Khandaq: Masjid yang dikenali sebagai Masjid Penaklukan ini juga menjadi pusat perhatian tapak bersejarah tujuh masjid.

HARI 4

Madinah (SP/MT/MM)

  • Jemaah bebas untuk melakukan aktiviti sendiri dan boleh mengambil peluang untuk ke Raudhah.
  • Lawatan tambahan: Ziarah Madain Soleh atau Muzium Dar Al Madinah.

*Bayaran tambahan boleh rujuk pihak syarikat.

HARI 5

Madinah – Makkah (SP/MT/MM)

  • Ziarah Wada’ dan bergerak ke Makkah.
  • Masjid Bir Ali (Masjid Dzul Hulaifah): Merupakan tempat miqat bagi jemaah yang datang dari Madinah dan jemaah akan bermiqat disini.
  • Melaksanakan dan menyelesaikan umrah pertama yang akan dipimpin oleh Mutawwif HAMTT.

HARI 6

Makkah (SP/MT/MM)

  • Tanaim (Masjid Aisyah): Jemaah akan dibawa ke Tanaim untuk miqat umrah kedua.
  • Lawatan tambahan: Ekspedisi mendaki Jabal Nur (Gua Hira’).

*Bayaran tambahan boleh rujuk pihak syarikat.

HARI 7

Makkah (SP/MT/MM)

Ziarah Luar Ja’ranah:

  • Menziarahi ke Jabal Thur dikenali sebagai “Gua Lembu” yang merupakan tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar atas perintah Allah SWT untuk mengelak ancaman Bani Quraisy dan Jabal Rahmah dimana tempat Rasulullah SAW menyampaikan khutbah terakhirnya.
  • Padang Arafah: Pada setiap hari ke-9 bulan Zulhijjah akan menjadi tempat berkumpulnya para jemaah haji untuk berwukuf.
  • Benteng Air Ain Zubaidah: Terletak di adi Nu’man yang merupakan tempat yang sangat bermanfaat untuk penuduk Makkah dan jemaah haji.
  • Menziarahi Mina dimana tempat jemaah haji melakukan ritual melontar tiga jamrah iaitu Jamrah Sughra, Wusta dan Kubra.
  • Wadi Muhassir: Lembah Muhassir atau yang akrab disebut Wadi Muhassir merupakan salah satu lembah yang terletak di antara Mina dan Muzdalifah.
  • Muzdalifah: Merupakan kawasan lapang yang terletak di antara Makkah dan Mina tempat jemaah haji mengumpulkan batu kerikil untuk menyempurnakan ibadah melontar jamrah di Mina.
  • Jabal Qurban: Sebuah bukit yang dipercayai sebagai salah satu saksi sejarah ketika Nabi Ismail AS akan dikurbankan oleh Nabi Ismail AS.
  • Menziarahi Masjid Namirah, Masjid Masya’ir Haram, Masjid Khaif dan Masjid Baiat.

*Melintasi dan memandang dari dalam bas.

  • Masjid Ji’ranah: Tempat yang digunakan penduduk Makkah untuk melakukan miqat dan jemaah akan bersedia untuk umrah ketiga.
  • Melaksanakan dan menyelesaikan umrah ketiga yang akan dipimpin oleh Mutawwif HAMTT.

HARI 8

Makkah (SP/MT/MM)

Ziarah Luar Hidaibiyah:

  • Wadi Berkat: Jemaah akan rehlah istimewa ke Wadi Berkat untuk melihat binatang-binatang kesayangan Rasulullah SAW termasuk kuda, unta dan kambing. Juga dengan keizinan jemaah berpeluang untuk menunggang kuda dan aktiviti memanah.
  • Muzium Haramain: Antara muzium tercantik di Makkah yang merekodkan sejarah perkembangan kedua-dua masjid suci sepanjang zaman.

*Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi.

  • Masjid Hudaibiyah: Masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Asy-Syumaisi ini juga merupakan tempat miqat yang ada disekitar Makkah. Dan jemaah akan bermiqat disini untuk umrah keempat.
  • Melaksanakan dan menyelesaikan umrah keempat.

HARI 9

Makkah (SP/MT/MM)

Ziarah Dalam Makkah:

  • Masjidil Haram: Masjid Al-Haram atau Masjidil Haram ialah masjid paling suci di dalam sejarah umat Islam. Muatwwif akan membawa jemaah untuk mengelilingi masjid.
  • Menziarahi ke Tapak Rumah Rasulullah SAW(Maktabah), Abu Bakar RA, Al-Arqam Bin Abi Ali Arqam, Saidatina Siti Khadijah, Saidina Abbas, Ummu Hani, Abu Lahab dan Abu Jahal.
  • Pintu Al Salam: Pintu Babussalam ini dikatakan kawasan yang selalu dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW untuk ke Masjid Nabawi.
  • Melawati Jabal Qaiquan dan Jabal Qubais antara gunung yang mengelilingi Kota Suci Makkah.
  • Istana Raja Qubais: Istana Raja di Jabal Qubais ini adalah salah satu istana selain Istana Raja di Riyadh.
  • Jemaah juga berpeluang untuk menziarahi Sabeel Air Zam-Zam iaitu salah satu pusat penampungan air zam-zam.
  • Menziarahi Masjid Pokok (Masjid Syajarah) dan Masjid Jin.
  • Perkuburan Ma’la: Perkuburan tertua di Kota Makkah yang juga dikenali Jannatul Al-Mu’alla adalah tempat dimana isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah dikebumikan.
  • Akan dilaksanakan program tahlil di Wadi Berkat dan akan ke Masjid Hudaibiyah untuk miqat umrah kelima.
  • Melaksanakan dan menyelesaikan umrah kelima.

HARI 10

Makkah – Taif (SP/MT/MM)

Ziarah Kota Taif:

  • Menziarahi Masjid Abdullah Bin Abbas, Masjid dan Kebun Addas, Masjid Kuk dan Masjid Al-Qantara.
  • Jemaah berpeluang melihat cara penghasilan minyak ros di Kilang Rose.
  • Qarnul Manazil: Salah satu tempat miqat haji dan umrah adalah Qarnul Manazil dan jemaah akan miqat disini untuk umrah keenam.
  • Melaksanakan dan menyelesaikan umrah keenam.

HARI 11

Makkah – Jeddah (SP/MT/MM)

  • Tawaf Wada’ dan akan bergerak ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz untuk penebangan pulang.

HARI 12

Jeddah – Kuala Lumpur

Jemaah dijangka tiba di KLIA1.

Senarai Harga
Bilik BerduaBilik BertigaBilik Berempat
RM9,890RM9,190RM8,690
Maklumat Penerbangan
KUL/JEDETD 1735 ETA 2140SV 835
JED/KULETD 1525ETA 0500SV 830
Tarikh Penerbangan

* Penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa

Terma & Syarat
1. PENDAFTARAN
  • Jemaah perlu menghubungi HAYY AL MUSAFIR TRAVEL & TOURS SDN BHD untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej yang sedia ada.
  • Semasa pendaftaran, jemaah perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/ Double).
  • Sekiranya menempah bilik berempat (Quad) jemaah mesti mendatangkan empat orang atau menunggu jemaah lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, jemaah dicaj mengikut kekosongan bilik yang sedia ada.
  • Borang pendaftaran yang lengkap beserta bukti pembayaran perlu di hantar ke syarikat/agen rasmi syarikat atau e-mel ke : (hayyalmusafir@gmail.com) selewatlewatnya 4 bulan sebelum tarikh pelepasan bagi mengesahkan tempahan.
2. DEPOSIT DAN PEMBAYARAN
  • Setiap tempahan perlu disertakan wang deposit sebanyak (RM 1,000.00 seorang).
  •  Bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan sebarang pembatalan tiket.
  • Pembayaran perlu dibuat menggunakan wang tunai atau perbankan atas talian atau cek atau draf bank atas :
    Nama : HAYY AL MUSAFIR TRAVEL & TOURS SDN BHD
    No. Akaun : 01087010071705 (BANK ISLAM MALAYSIA CAWANGAN PASIR GUDANG)
  • Pembayaran melalui pihak ketiga tidak akan diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat atau agen rasmi syarikat.
  • Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab bagi mana-mana transaksi yang tidak dibuat terus kepada akaun syarikat.
  • Pegawai syarikat atau egen rasmi syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk mengambil wang pembayaran atau dokumen selain dari tempat yang ditetapkan atas sebab-sebab keselamatan.
3. PEMBATALAN
  • Jemaah tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh dan munasabah.
  • Segala pembatalan pada wang deposit hendaklah dibuat secara bertulis beserta bukti dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah HAYY AL MUSAFIR TRAVEL & TOURS SDN BHD.
  • Caj penalti akan dikenakan sebanyak RM1,000.00 jika jemaah membuat pembatalan.
  • Pembatalan yang melibatkan tiket penerbangan, visa pelancong/umrah dan penginapan yang telah ditempah akan ditolak dari jumlah harga pakej yang telah dibayar.
  • Kos pakej tidak akan dikembalikan sekiranya jemaah tidak hadir pada tarikh dan masa berlepas.
  • Jemaah yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan oleh HAYY AL MUSAFIR TRAVEL & TOURS SDN BHD.
4. HARGA
  • Harga kumpulan yang dinyatakan adalah kadar secara berkumpulan. Segala perubahan kepada tarikh penerbangan yang tidak mengikut kumpulan akan dikenakan caj tambahan. Sebarang perubahan perjalanan atau tarikh perjalanan oleh jemaah adalah di atas risiko sendiri.
  • Syarikat atau agen rasmi syarikat yang terlibat tidak akan bertanggungjawab atas sebaranng kesulitan dan bayaran lebihan yang dikenakan.
  • Semua harga adalah tertakluk kepada perubahan seperti :
    a) Kenaikkan harga tambang, cukai tambang dan caj bahan api (kapal terbang)
    b) Tambang pengangkutan, kadar hotel, kadar tukaran mata wang semasa, cukai kerajaan dan lain-lain.
    c) Harga pakej promosi atau semasa promosi tertakluk kepada perubahan mata wang semasa dan sebarang Akta Kerajaan mengikut terma dan syarat.
5. PAKEJ TERMASUK
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  • Permohonan visa pelancongan/umrah (tertakluk) kepada kelulusan dan SOP semasa kerajaan Arab Saudi dan harga visa adalah mengikut harga semasa tertakluk kepada perubahan semasa Kerajaan Arab Saudi.
  • Hidangan makanan adalah mengikut pakej yang ditetapkan.
  • Harga pakej untuk hotel dan penerbangan adalah termasuk cukai & VAT (value-added tax) Saudi.
  • Bas berhawa dingin sepanjang perjalanan.
  • Sahabat Operasi Haramain (SOHA) akan ada sepanjang pengembaraan di haramain.
  • Mutawif juga akan menemani dari Malaysia sehingga pulang semula ke Malaysia.
  • Tempat lawatan sepertimana yang dinyatakan di dalam pakej (kebenaran lawatan bergantung kepada kebenaran semasa Kerajaan Arab Saudi dan tertakluk kepada sebarang perubahan SOP semasa)
  • HAYY AL MUSAFIR TRAVEL & TOURS SDN BHD akan menyediakan barangan hadiah seperti yang dinyatakan didalam pakej
6. PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Kos rawatan dan ubat-ubatan di Hospital Arab Saudi yang tidak di lindungi insurans.
  • Perkhidmatan tambang di lapangan terbang.
  • Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan kelebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan kadar mata wang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj api.
  • Program lawatan yang tidak dinyatakan didalam pakej.
  • Makan dan minum yang tidak dinyatakan didalam pakej.

Tempah

Tempah dengan hanya RM1,000.00 / Pax
  • *

  • *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop