Our Office Address
36B, Taman Scientex, Jalan Belatuk 3 81700 Pasir Gudang, Johor
Our Mail Address
sale@hayyalmusafir.com
Call Us Now
+607 251 0501
36B, Taman Scientex, Jalan Belatuk 3 81700 Pasir Gudang, Johor
sale@hayyalmusafir.com
+607 251 0501
Kuala Lumpur – Incheon
Berkumpul di KLIA Terminal 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
Incheon – Chuncheon (MT/MM)
Lawatan di Chuncheon:
• Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai
tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
• Petite France: Taman tema gaya Perancis yang telahdibina pada Julai 2008. Konsep Petite France ialah
‘The Little Prince’, nikmati pelbagai pengalaman dan acara kebudayaan Perancis yang menarik bersama
keluarga & rakan-rakan.
• Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki merentasi Uiamho Lake di atas jambatan
berlantaikan kaca sepanjang 174m.
Bermalam di Seoul.
Imjingak – Paju – Seoul (SP/MT/MM)
Lawatan di Imjingak:
• Bridge of Freedom: Jambatan kayu yang menjadi saksi pertukaran ribuan tawanan perang antara Korea Utara dan Selatan selepas berakhirnya Perang Korea.
• Nuri Peace Park: Taman ini diwujudkan pada tahun 2005 dengan pelbagai binaan dan seni bina artistik menunjukkan harapan bersatunya semula negara Korea Utara dan Korea Selatan satu hari nanti.
• La Provence Village: Perkampungan dengan seni bina berkonsepkan ala-ala Perancis ini merupakan tempat yang sempurna untuk spot foto Instagram.
• Majang Lake Suspension Bridge: Jambatan gantung ikonik sepanjang 220m merentasi Majang Lake dan juga terdapat menara tinjau setinggi 15m untuk menikmati pemandangan sekitar kawasan tasik ini.
Lawatan di Seoul:
• Eunpyeong Hanok Village: Perkampungan yang terletak di kaki Bukhansan Mountain ini adalah tempat yang terbaik untuk melihat bentuk rumah tradisional orang Korea 600 tahun dahulu.
• Membeli-belah di kawasan terkenal tengah bandar iaitu Dongdaemun Market dan Dongdaemun Design Plaza yang terkenal dengan reka bentuknya yang unik.
Bermalam di Seoul.
Seoul (SP/MT/MM)
Lawatan di Seoul:
• Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
• Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.
• National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
• Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
• Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
• Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Duty Free Shop.
• Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggyecheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.
Bermalam di Seoul.
Seoul – Incheon (SP/MT/MM)
Lawatan di Seoul:
• Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
• Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.
• Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
• Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.
• Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
• Hongdae University Street: Bersiar-siar dan membeli cenderamata atau barangan kraftangan saat akhir di kawasan yang menjadi tumpuan para pelajar universiti.
Incheon – Kuala Lumpur
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA2)
Date | Single | Twin | Child Twin | Child With Bed | Child No Bed | Infant |
---|---|---|---|---|---|---|
28 Aug 2024 | RM4,690 | RM3,790 | RM3,790 | RM3,601 | RM3,411 | RM450 |
12 Sept 2024 | RM5,090 | RM4,190 | RM4,190 | RM3,981 | RM3,771 | RM450 |
26 Sept 2024 | RM5,090 | RM4,190 | RM4,190 | RM3,981 | RM3,771 | RM450 |
KUL / ICN | ETD 1450 / ETA 2230 | MH 38 |
ICN / KUL | ETD 0010 / ETA 0545 | MH 39 |
* Penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa
PAKEJ TERMASUK
PAKEJ TIDAK TERMASUK
Dapatkan infomasi seperti travel tips, promosi dan berita menarik dari kami
Copyrights 2024 Hayyal Musaffir Sdn Bhd | All rights reserved.
Developed By Cloudswired Technologies