BEIJING + UNIVERSAL STUDIOS | MALAYSIA AIRLINES

Informasi
Bersiaplah untuk merasai keharuman spiritual, sejarah yang kaya, dan pemandangan yang memukau sepanjang perjalanan ini. Selamat membaca itinerari lengkap perjalanan anda yang tidak akan terlupakan.
Jadual Perjalanan

HARI 1

Kuala Lumpur – Beijing

Berkumpul di KLIA1  untuk menaiki penerbangan ke Beijing.

HARI 2

Beijing (MT/MM)

Lawatan di Beijing:

• Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Anyaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Disini terdapat binaan penting seperti Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People dan Gate Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.

• Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8-meter dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian: Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan iraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.

• Menyaksikan persembahan penuh dengan ilusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.

Bermalam di Beijing.

HARI 3

Beijing (SP/MT/MM)

• Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.

• Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di syeksen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.

• Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-temurun.

• Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.

• Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.

• Masa bebas untuk bersiar-siar dab membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.

Bermalam di Beijing.

HARI 4

Beijing (SP)

• Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Universal Studio Beijing yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Antara tarikan di situ ialah The Wizarding World of Harry Potter – Hogsmeade, Minion Land, Kung Fu Panda Land of Awesomeness dan banyak lagi.

Bermalam di Beijing.

HARI 5

Beijing (SP/MT)

• Masa bebas untuk membeli-belah di Hong Qiao Market kompleks membeli-belah terkenal hiasan permata boleh didapati disini. Selain itu, terdapat juga barangan elektronik, jam tangan, tas tangan dan lain-lain lagi.

• Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada tersimppan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Kham pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.

• Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.

• Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan disni terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.

Bermalam di Beijing.

HARI 6

Beijing – Kuala Lumpur (SP)

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Senarai Harga
DateSingle Adult Twin Chind Twin Child With Bed Child No Bed Infant
29 Aug 2024RM4,350RM3,750RM3,750RM3,750RM3,375RM450
12 Sept 2024RM4,350RM3,750RM3,750RM3,750RM3,375RM450
11 Oct 2024RM3,890RM3,290RM3,290RM3,290RM2,961RM450
15 Nov 2024RM4,250RM3,650RM3,650RM3,650RM3,285RM450
4 Dec 2024RM4,250RM3,650RM3,650RM3,650RM3,285RM450
Maklumat Penerbangan
KUL / PKXETD 2340 / ETA 0600MH 318
PKX / KULETD 1000 / ETA 1630MH 319
Tarikh Penerbangan

* Penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa

Terma & Syarat
PAKEJ TERMASUK
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Soyanggang Skywalk dan Gyeongbokgung Palace.
  • Pengangkutan feri ke Nami Island.
  • Pengangkutan golf cart di Haneul Park.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Kos pemprosesan visa (untuk warganegara Malaysia sahaja).
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Urusan permohonan visa.
  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi till penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dar pakej termasuk.

Tempah

Tempah dengan hanya RM1,000.00 / Pax
  • Single Room *

  • Twin Room *

  • Child Twin Room *

  • Child With Bed *

  • Child No Bed *

  • Infant *

  • Calculation *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop