KOREA SPECIAL | MALAYSIA AIRLINES

Informasi
Korea adalah tempat di mana anda boleh menemui bahasa, budaya dan sejarah yang telah berkembang sejak beribu-ribu tahun dan terus berinovasi sehingga ke hari ini. Korea Selatan, dengan ekonomi maju di benua Asia dan budaya kebangsaannya yang semakin rancak, merupakan sebuah negara yang terus meningkat di persada dunia. Bersiaplah untuk merasai keharuman spiritual, sejarah yang kaya, dan pemandangan yang memukau sepanjang perjalanan ini. Selamat membaca itinerari lengkap perjalanan anda yang tidak akan terlupakan.
Jadual Perjalanan

HARI 1

Kuala Lumpur – Incheon

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.

HARI 2

Incheon – Chuncheon (MT/MM)

Lawatan di Chuncheon:

• Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.

• Petite France: Taman tema gaya Perancis yang telahdibina pada Julai 2008. Konsep Petite France ialah ‘The Little Prince’, nikmati pelbagai pengalaman dan acara kebudayaan Perancis yang menarik bersama keluarga & rakan-rakan.

• Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki merentasi Uiamho Lake di atas jambatan
berlantaikan kaca sepanjang 174m.

• Gubongsan Observatory Cafe Street: Nikmati pemandangan panorama indah bandar Chuncheon berlatarbelakangkan gunung, tasik, sungai dan jambatan berkembar Soyang Bridge dari kawasan tinjau Gubongsan Mountain.

Bermalam di Seoul.

HARI 3

Seoul (SP/MT/MM)

Lawatan di Seoul:

• Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara
pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.

• Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.

• National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian,
senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.

• Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjangyang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Changdeok dan Tokong Diraja
Jongmyo.

• Membeli-belah di Ginseng Center, Red PineTree Shop dan Duty Free Shop.

• Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.

• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggyecheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.

Bermalam di Seoul.

HARI 4

Seoul (SP)

Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul.

HARI 5

Seoul – Incheon (SP/MT/MM)

Lawatan di Seoul:

• Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.

• Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.

• Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.

• Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.

• Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.

• Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan
pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.

• Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.

Bermalam di Incheon.

HARI 6

Incheon – Kuala Lumpur (SP)

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Senarai Harga
DateSingleTwinChild TwinChild With BedChild No BedInfant
6 July 2024RM4,990RM4,090RM4,090RM3,886RM3,681RM450
27 Aug 2024RM4,690RM3,790RM3,790RM3,601RM3,411RM450
28 Aug 2024RM4,790RM3,890RM3,890RM3,696RM3,501RM450
4 Sept 2024RM4,690RM3,790RM3,790RM3,601RM3,411RM450
5 Sept 2024RM4,690RM3,790RM3,790RM3,601RM3,411RM450
6 Sept 2024RM4,890RM3,990RM3,990RM3,791RM3,591RM450
24 Sept 2024RM4,790RM3,890RM3,890RM3,696RM3,501RM450
26 Sept 2024RM4,990RM4,090RM4,090RM3,886RM3,681RM450
29 Sept 2024RM4,790RM3,890RM3,890RM3,890RM3,890RM450
Maklumat Penerbangan
KUL - ICN ETD 2330 / ETA 0710MH 66
ICN - KULETD 1100 / ETA 16355MH 67
Tarikh Penerbangan

* Penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa

Terma & Syarat

HARGA PAKEJ TERMASUK

•Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcai minyak dan cukai penerbangan.
• Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
• Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
• Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Soyanggang Skywalk dan Gyeongbokgung Palace.
• Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
• Pengangkutan feri ke Nami Island.
• Pengangkutan golf cart di Hanuel Park.
• Kos pemprosesan visa (untuk warganegara Malaysia sahaja).
• Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
• Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
• Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

• Urusan permohonan visa (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri).
• Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
• Urusan permohonan visa (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri)
• Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
• Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
• Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
• Makan minum, tiket mask lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
• Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
• Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Tempah

Tempah dengan hanya RM1,000.00 / Pax
  • Single Room *

  • Twin Room *

  • Child Twin Room *

  • Child With Bed *

  • Child No Bed *

  • Infrant *

  • Calculation *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop