NHA TRANG – DALAT – MUI NE – HO CHI MINH | AIRASIA

Informasi
Terdapat salah satu negara Asia Tenggara yang menjadi destinasi pelancongan paling ramai untuk dikunjungi. Selain akomodasi yang terjangkau, negara ini juga memiliki alam yang luar biasa indah iaitu Vietnam. Vietnam merupakan negara kepulauan eksotis dan indah serta menjadi tujuan utama destinasi ke luar negeri di Asia Tenggara. Bersiaplah untuk merasai keharuman spiritual, sejarah yang kaya, dan pemandangan yang memukau sepanjang perjalanan ini. Selamat membaca itinerari lengkap perjalanan anda yang tidak akan terlupakan.
Jadual Perjalanan

HARI 1

Kuala Lumpur – Nha Trang (MT/MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Nha Trang.

• Vinpearl Land: Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema seperti Disneyland ini yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik kerana keunikannya dibina di atas sebuah pulau. Antara tarikan di situ adalah roller coaster, show parade taman bunga dan lain-lain.

Bermalam di Nha Trang.

HARI 2

Nha Trang – Dalat (SP/MT/MM)

Bergerak ke Dalat.

• Dalat Flower Garden: Taman bunga ini mempunyai keluasan 7000-meter persegi dan mempunyai lebih 300 spesis bunga hidup yang sangat cantic, menjadi destinasi wajib untuk mereka bercuti di Dalat.

• Mount Langbiang/Mongoland: Mount Langbiang adalah puncak gunung ini dihiasi dengan tanaman bunga dan Kawasan indah untuk bergambar. Peserta akan menaiki kenderaan jeep untuk sampai ke puncak gunung. Mongoland adalah ladang dan tempat tarikan kopi yang berkonsepkan Mongol dengan Kawasan yang sangat besar dan sejuk tempat ini dipenuhi dengan tanaman dan dikelilingi gunung dan bukit.

• Membeli belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam ini dipenuhi dengan gerai berwarna-warni yang menjual pelbagai makanan ringan tempatan, buahan segar, pakaian dan cenderahati.

Bermalam di Dalat.

HARI 3

Dalat (SP/MT/MM)

• Robin Hill: Kereta kabel Dalat yang menghubungkan bandar Dalat dengan Biara Truc Lam Zen dengan panjang yang melebihi 2200-meter. Ini merupakan satu-satunya kereta kabel di Dalat dimana pelancong dapat menikmati panorama bukit dan bandar Dalat dari atas.

• Datanla Waterfall: Rasai pengalaman menarik dengan menaiki kereta kabel untuk samapi ke air terjun. Sambil berehat melihat keindahan air terjun, peserta juga boleh menikmati kopi segar di cafe berhampiran.

• Clay Tunnel: Dibina pada tahun 2010, terowong ini dipenuhi dengan ukiran struktur binaan menggunakan tanah liat. Peserta boleh melihat pelbagai ukiran unik seperti bentuk haiwan, kapal terbang, keretapi dan lain-lain.

• Crazy House: Bangunan ini dicipta oleh seorang artis Vietnam berumur 79 tahun. Rumah gergaasi ini menggabungkan konsep rumah dengan struktur pokok, dahan gergasi dan alam semulajadi seperti haiwan, cendawan, sarang labah-labah dan gua.

Bermalam di Dalat.

HARI 4

Dalat – Mui Ne- Ho Chi Minh (SP/MT/MM)

• Mui Ne Sands Dunes: Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk bersantai dan menikmati pengalaman menaiki jeep atas pasir. Padang pasir ini memiliki dua kawasan terdiri daripada Bukit Pasir Merah dan Bukit Pasir Putih. Bukit Pasir Merah terkenal dengan pasir berwarna merah dan oren, menghasilkan landskap yang menyerupai padang pasir, manakala Bukit Pasir Putih pula lebih besar dan agak jauh dari bandar Mui Ne.

• Singgah berhenti di Fisherman Village untuk berehat. Tempat ini merupakan kawasan persisiran laut yang menjual pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain.

• Masa bebas untuk membeli belah di Ben Thanh Market yang terkenal di Ho Chi Minh. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan, serbuk kopi segar dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.

Bermalam di Ho Chi Minh.

HARI 5

Ho Chi Minh – Kuala Lumpur (SP/MT)

Lawatan di Mekong Delta:

• Melawat ke Mekong Delta. Sungai Mekong adalah sungai ke 12 terbesar dan terpanjang di dunia dan ke-10 di Asia. Medium pengangkutan di pulau kebanyakkannya menggunakan bot dan sampan.

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Senarai Harga
ItemPrice
AdultRM2,690
SingleRM3,030
Child With BedRM2,340
Child No BedRM2,205
InfantRM500
Maklumat Penerbangan
KUL / TPEETD 0915 / ETA 1410MH 366
TPE / KULETD 1510 / ETA 2000MH 367
Tarikh Penerbangan

* Penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa

Terma & Syarat

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Vinpearl Land, Taman Bunga, Air Terjun, Robin Hill, Gunung Langbiang/Mongoland dan Datanla Waterfall.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Tiket Jeep di Mui Ne Sand Dunes.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Tempah

Tempah dengan hanya RM1,000.00 / Pax
  • Single Room *

  • Twin Room *

  • Child Twin Room *

  • Child With Bed *

  • Child No Bed *

  • Infant *

  • Calculation *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop