TAIPEI + YILAN + SUN MOON LAKE | MALAYSIA AIRLINES

Informasi
Taiwan adalah sebuah pulau, terletak kira-kira 100 batu dari tanah besar Asia di Pasifik dan terdiri daripada dua pulau luar pesisir, Kinmen dan Matsu, dan pulau-pulau kecil yang berhampiran Chain Pescadores. Ia adalah negara yang kaya dengan warisan, kaya dengan teknologi dan pendidikan, Taiwan adalah sebuah tempat yang sangat baik untuk dilawati atau kajian. Bersiaplah untuk merasai keharuman spiritual, sejarah yang kaya, dan pemandangan yang memukau sepanjang perjalanan ini. Selamat membaca itinerari lengkap perjalanan anda yang tidak akan terlupakan.
Jadual Perjalanan

HARI 1

Kuala Lumpur – Taipei – Taichung – Chiayi (MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Taipei.

Lawatan di Taichung:

• Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.

Bermalam di Taichung.

HARI 2 

Taichung – Nantou – Yilan (SP/MT/MM)

Lawatan di Nantou:

• Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi
pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.

• Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman berzaman di Tea Experience Centre.

Lawatan di Yilan:

• Menikmati masa bebas dan bersantai berendam kaki di tarikan air panas semulajadi Tangweigou Hot Spring Park.

• Melawat Shangrila Leisure Farm yang terletak setinggi 250m di atas puncak bukit Dayuan. Ladang ini menawarkan pemandangan panorama indah gunung dan alam semulajadi yang indah. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah gyroscope, sesi DIY, sky lantern dan banyak lagi.

Bermalam di Yilan.

HARI 3 

Yilan – Yehliu – Taipei (SP/MT/MM)

Lawatan di Yehliu:

• Yehliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.

Lawatan di Taipei:

• Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.

• Masa bebas untuk bersiar-siar di Shifen Old Street yang merupakan sebuah kawasan bandar lama yang terdapat laluan keretapi dan dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata dan hasil kraf tradisional sambil meluangkan masa untuk berfotodi Shifen Waterfall. Di sini juga tetamu juga tetamu boleh mencuba aktiviti tradisional iaitu sky lantern dengan tambahan bayaran tertentu.

Bermalam di Taipei.

HARI 4 

Taipei (SP/MT/MM)

• Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.

• Taipei 101 Tower: Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center.

• Masa bebas untuk berfoto dan membeli-belah di Taipei 101 Shopping Center.

• Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.

• Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.

Bermalam di Taipei.

HARI 5 

Taipei – Kuala Lumpur (SP)

• Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.

• Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Senarai Harga
DateSingleTwinChild TwinChild With BedChild No BedInfant
29 Aug 2024RM3,890RM3,190RM3,190RM3,031RM2,871RM450
3 Oct 2024RM3,890RM3,190RM3,190RM3,031RM2,871RM450
14 Nov 2024RM3,890RM3,190RM3,190RM3,031RM2,871RM450
27 Nov 2024RM3,890RM3,190RM3,190RM3,031RM2,871RM450
Maklumat Penerbangan
KUL / TPEETD 0920 / ETA 1410MH 366
TPE / KULETD 1515 / ETA 2035MH 367
Tarikh Penerbangan

* Penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa

Terma & Syarat
PAKEJ TERMASUK
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar. -Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Alishan National Scenic Area, Yuyupas Cultural Park dan Yehliu Geopark.
  • Pengangkutan bot persiaran di Sun Moon Lake.
  • Pengangkutan keretapi di Alishan National Scenic Area.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotÈši seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Tempah

Tempah dengan hanya RM1,000.00 / Pax
  • Single Room *

  • Twin Room *

  • Child Twin Room *

  • Child With Bed *

  • Child No Bed *

  • Infrant *

  • Calculation *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop