TURKIYE | AIR ARABIA

Informasi
Turkiye sebuah negara indah di lokasiĀ  unik apabila sebahgaian negara itu di Asia dan sebahagiannya lagi di benua Eropah. Ia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya warisan sejarah selain popular dengan pelbagai jenis hidangan masakan istimewa. Bersiaplah untuk merasai keharuman spiritual, sejarah yang kaya, dan pemandangan yang memukau sepanjang perjalanan ini. Selamat membaca itinerari lengkap perjalanan anda yang tidak akan terlupakan.
Jadual Perjalanan

HARI 1

Istanbul – Ankara (MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Istanbul.

Lawatan di Ankara:

  • Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara dimana terletaknya Haaci Bayram Mosque dan di sebelahnya peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus.

Bermalam di Ankara.

HARI 2

Ankara – Cappadocia (SP/MT/MM)

  • Ataturk Mausoleum Complex: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.
  • Lake Tuz: Juga dikenali sebagai Salt Lake dan Pink Lake merupakan tasik ke-2 yang terbesar di Turki.

Bermalam di Cappadocia.

HARI 3

Cappadocia (SP/MT/MM)

Lawatan di Cappadocia:

  • Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang amat indah di sini dengan formasi batuan yang unik.
  • Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Fillnstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12.
  • Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
  • Melawat galeri batu permata Turqoise & Onyx Handmande Store.

Bermalam di Cappodacia.

HARI 4

Cappodocia – Konya – Pamukkale (SP/MT/MM)

Lawatan di Cappodocia:

  • Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam kota bawah tanah ini bagi mengelak serangan musuh.
  • Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun.

Lawatan di Konya:

  • Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Utkmaniyyah.

Bermalam di Pamukkale.

HARI 5

Pamukkale – Bursa (SP/MT/MM)

Lawatan di Pamukkale:

  • Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
  • Cotton Caastle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.

Bermalam di Bursa.

HARI 6

Bursa – Istanbul (SP/MT/MM)

  • Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
  • Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 14791 sehingga ke hari ini.
  • Green Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1412 oleh atuk Sultan Mehmed I Celebi selepas kejayaan baginda menyatukan empayar Uthmaniyyah.
  • Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah dibina pada tahun 1421.
  • Menaiki kereta kabel ke puncak Pierre Loti Hill (termasuk tiket) yang menawarkan pemandangan panorama indah teluk Golden Horn.

Lawatan di Istanbul:

  • Eyup Sultan Mosque: Masjid tersemadinya makan sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang syahid pada tahun 674 ketika peperangan menakluki Constantinople.
  • Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.

Bermalam di Istanbul.

HARI 7

Istabul (SP/MT/MM)

  • Topkapi Palace (First Coutryard): Kawasan istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
  • Haghia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini menjadi masjid semula.
  • Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
  • Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah Menara dan 5 kubah besar.
  • Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
  • Grand Bazaar: Merupakan antara pasar yang terbesar dan tertua di dunia dibina bermula pada tahun 1455 lagi dengan sejumlah lebih 4,000 kedai.

Bermalam di Istanbul.

HARI 8

Istanbul (SP/MT)

Lawatan di Istanbul:

  • Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour menyusuri sepanjang Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari yang merupakan kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constantinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh Sultan Uthmaniyyah yang ke-31 dan Ortakoy Mosque yang merupakan masjid yang paling dekat di Selat Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.

Pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan terus dari Istanbul.

HARI 9

Istanbul – Kuala Lumpur

Tiba di Kuala Lumpur.

Senarai Harga
DateSingleTwinChild TwinChild With BedChild No BedInfant
24 Oct 2024RM6,190RM5,190RM5,190RM5,190RM5,190TBC
Maklumat Penerbangan
KUL/SHJETD 0351 / ETA 0625G9 803
SHJ/ISTETD 0940 / ETA 1320G9 3211
IST/SHJETD 1410 / ETA 1930G9 322
SHJ/KULETD 2145 / ETA 0905G9 800
Tarikh Penerbangan

* Penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa

Terma & Syarat
HARGA PAKEJ TERMASUK
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 7 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Underground City dan Ancient Hierapolis City.
  • Tiket kereta kabel Pierre Loti Hill.
  • Pengangkutan bot persiaran dan persendirian Bosphorus Cruise Tour.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancongan yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Tiket masuk ke Topkapi Palace Museum dan lain-lain tiket masuk lawatan yang tidak dinyatakan.
  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak tersapat dalam aturcara program.
  • Harga lawatan tambahan (optional tour):

– Topkapi Palace Museum (Istanbul: USD60/pax)

– Hot Air Balloon (Cappadocia: USD120/pax)

– Jeep Safari (Cappadocia: USD120/pax)

– Turkish Night Show (Cappadocia: USD65/pax)

  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

Tempah

Tempah dengan hanya RM1,000.00 / Pax
  • Single Room *

  • Twin Room *

  • Child Twin Room *

  • Child With Bed *

  • Child No Bed *

  • Infrant *

  • Calculation *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop